Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rodrigo Duterte mengugut untuk menamatkan sebuah perjanjian yang membenarkan tentera Amerika Syarikat beroperasi di Filipina sambil berkata, "selamat tinggal Amerika'. Beliau membuat kenyataan tersebut pada hari Sabtu berikutan keputusan Washington untuk menamatkan sebuah pakej bantuan kepada Filipina. Washington mengambil keputusan tersebut dikeranakan kerisauan mereka berkaitan isu hak asasi manusia di negara Asia Tenggara itu.
Agensi bantuan kerajaan A.S, Millenium Challenge pada minggu ini berkata bahawa pihak lembaganya telah menunda keputusan untuk memperbaharui pakej bantuan pembangunan kepada Filipina. Mereka juga berkata bahawa perkara tersebut "tertakluk kepada sebuah semakan semula berikutan kebimbangan yang membabitkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan awam" di negara Filipina.
Pentadbiran Duterte yang dikritik hebat Washington berikutan dakwaan tindakan keras beliau ke atas isu penyalahgunaan dadah, mengeluarkan kenyataan balas yang berupa kecaman ke atas A.S.
Beliau berkata, Filipina boleh hidup tanpa bantuan A.S sambil menggelar rakyat Amerika sebagai 'anak haram' dan 'hipokrit'. Duterte sebaliknya memuji China kerana menawarkan apa yang disifatkan beliau sebagai bantuan kewangan yang lebih besar.
17 Disember 2016 - 12:24
News ID: 798810
Presiden Rodrigo Duterte mengugut untuk menamatkan sebuah perjanjian yang membenarkan tentera Amerika Syarikat beroperasi di Filipina sambil berkata, "selamat tinggal Amerika'. Beliau membuat kenyataan tersebut pada hari Sabtu berikutan keputusan Washington untuk menamatkan sebuah pakej bantuan kepada Filipina.